Sejarah

Tanggal 4 hb. November 2005 adalah hari bersejarah buat kami dimana 5 benih pokok anggur telah dibeli dari sebuah nurseri di negeri Perlis. Pada mulanya kami hanya menanam anggur di sekeling rumah sahaja, tetapi setelah minat menanam anggur semakin hari semakin mendalam maka kami telah menambah bilangan benih anggur tersebut sehingga mencapai 40 pokok. Setelah kawasan rumah sudah tidak muat lagi untuk ditanam anggur maka kami telah pindahkannya ke sebidang tanah untuk dijadikan kebun anggur.

Kebun anggur kami tersebut terletak di belakang Restoran NASA 3,  batu 6 , Jalan Sitiawan ke Teluk Intan, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan. Kebun anggur ini adalah milik keluarga dimana projek kebun anggur ini dimulakan pada bulan November 2006.

Kebun anggur ini berkeluasan 1 ekar dan tanahnya dari jenis tanah liat berpasir. Pada asalnya tapak kebun ini tidak mempunyai saliran air hujan yang baik tetapi setelah diperbaiki tapak boleh digunakan untuk menanam anggur.

Pelbagai jenis Anggur yang ditanam dikebun ini. Ada yang sesuai dengan keadaan tapak tersebut namun ada juga yang tidak sesuai. Tetapi kerana niat ingin belajar maka kami sentiasa meneruskan usaha mempelajarinya dimana tidak henti mencari benih-benih baru sebagai koleksi .

5 pokok  anggur pertama kami.